_____
AADI: Kalau ES-335 lebih murah daripada DG-335, bye-bye DG-335.
Wordless Wednesday: Gibphone
oleh Ijau D. Koceng 17 April 2024 pada 6:00 AM 0 commentsRumah Kampung
oleh Ijau D. Koceng 08 April 2024 pada 6:00 AM 1 commentMendiami rumah ini sejak 1989, mula ditinggal-tinggalkan pada 1997-2001 ketika bergelar siswa USM, 2002-2006 sambung kerja di Penang dan 2006 hingga kini kerana bekerja dan bermastautin di Bintulu. Hanya balik kampung waktu cuti sekolah dan perayaan, biasanya setahun 2-3 kali. Paling lama ditinggalkan waktu PKP dulu selama 30 bulan tak dapat balik.
Baru sampai beberapa hari lepas bersempena cuti raya. Tapi kali ini agak sugul kerana tiada lagi insan yang duduk di tangga menanti kepulangan kami. Rumah ini pun jarang-jarang ada penghuni, hanya dilawat setiap petang oleh kakak aku (ibu Aizuddin Madani) yang tinggal 2-3 blok tak jauh dari rumah ini. Kini giliran kami untuk menghidupkan suasana raya rumah ini sebelum kakak aku yang seorang lagi tiba dari Lahad Datu bersama keluarganya.
Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI. Rehat berblog dulu beberapa hari, healing-healing...
_____
AADI: "Bonda, akhirnya terbongkar jua rahsia..."
Wordless Wednesday: Kit Kat Ketupat Pandan
oleh Ijau D. Koceng 03 April 2024 pada 6:00 AM 0 commentsAda Apa Dengan RM7.50?
oleh Ijau D. Koceng 30 March 2024 pada 6:00 AM 1 commentSetelah sepuluh tahun dengan nilai RM7.00, tahun ini kadar zakat fitrah untuk negeri Sarawak bernilai RM7.50 pula, naik 50 sen sahaja tatkala kos sara hidup dan harga barangan makin naik.
Seperti biasa, lima kupon sahaja... Aku, Mrs., Lil, Jr. dan Arlo. Diselesaikan seawal mungkin sebelum balik beraya minggu depan.
Soalan tahunan, berapa kadar zakat fitrah di tempat anda?
_____
AADI: #shramzb in advance.
Boxing Diaries: March 2024
oleh Ijau D. Koceng 25 March 2024 pada 6:00 AM 0 commentsDah dua bulan tak buat entri berkaitan tinju, kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan keluarga, persekolahan anak-anak dan masuk bulan Ramadhan.
Kadang-kadang hanya sempat datang gym seminggu sekali, ada kalanya langsung tak dapat datang sebab terlalu low-bat kerana perenggan pertama tadi. Lutut yang sakit dan semakin lemah pun kadang-kadang menjadi kekangan. Nampak gayanya kena ikhtiar untuk jumpa *pakar lutut/tulang...
_____
AADI: *Bukan setakat berurut.
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Atas faktor sukan tinju , kembali memakai kanta sesentuh (contact lens). Pandangan yang kabur merupakan kekangan setiap kali sessi latihan, ...
-
Setelah sepuluh tahun dengan nilai RM7.00, tahun ini kadar zakat fitrah untuk negeri Sarawak bernilai RM7.50 pula, naik 50 sen sahaja tatka...
-
Mendiami rumah ini sejak 1989, mula ditinggal-tinggalkan pada 1997-2001 ketika bergelar siswa USM , 2002-2006 sambung kerja di Penang dan 20...
-
Rise Of The Tomb Raider rilisan 2015 ini merupakan sekuel kepada Tomb Raider (2013) , game kedua dalam Square Enix Trilogy (aka Reboot). An...
-
Dah dua bulan tak buat entri berkaitan tinju, kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan keluarga , persekolahan anak-anak dan masuk bulan ...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-